Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
Alissa Justice.
Persoalan bernikah dengan makhluk ghaib ini memang dah lama diperkatakan dalam masyarakat kita.. tak kira bangsa Melayu ke, bangsa Arab ke, bangsa India ke dsb.. bahkan dalam kisah perhubungan antara manusia dan jin ini, tak dapat tidak kita akan berjumpa dengan kisah jin asyik.. iaitu jin jiwang yg selalu jatuh cinta pada manusia.
Antara makhluk ghaib yang rapat dengan cerita2 bangsa Melayu ni adalah makhluk bunian ini. Sukar nak dibuktikan dengan fakta, tapi banyak dah cerita2 pengalaman orang yang berkaitan dengan bunian ni.
Ustaz Love sendiri tak pernah lagi berjumpa dengan orang bunian.. orang utan biasa la tengok.. Menurut cerita orang tua2, bunian ini adalah makhluk jin beragama Islam. Mereka hidup dalam dunia yang sama dengan manusia, cuma berbeza alam. Kita tak mampu nak melihat mereka dengan mata kasar, tetapi mereka mampu untuk melihat kita.
Kebiasaan cerita berkaitan dengan bunian ini adalah cerita disorok bunian. Sekian lama kita dimomokkan dengan cerita disorok bunian dalam novel2 seram, bahkan dalam tv juga ada diceritakan kisah disorok bunian. Untuk menentukan dengan jelas akan kebenaran dakwaan ini, Ustaz Love sendiri tak punya pengetahuan yang meluas. Jadi, Ustaz Love tak tahu betul atau tak.. lain la kalau Ustaz Love sendiri yg disorok bunian dan kembali selepas beberapa puluh tahun (walaupun cuma beberapa hari saja tersesat di hutan), baru la Ustaz Love boleh sahkan melalui pengalaman.
Percintaan antara makhluk manusia dan makhluk jin ini memang wujud. Bahkan ada jin yang terpikat dengan manusia, berusaha mendampingi manusia tersebut dan mengganggu sebarang perhubungan manusia lain dengan kekasihnya. Ada kes2 yg berlaku contohnya isteri atau suami yang tiba2 membenci pasangan tanpa ada sebab, suami melihat rupa isteri yg dulunya cantik bertukar menjadi buruk.. isteri terbau benda yg busuk (bukan kentut) daripada tubuh suami dsb.. pendek kata, benda2 yg mengganggu keharmonian rumahtangga.
Jadi, jika nak nafikan kenyataan adik perempuan saudari atau mengesahkannya, memang kita tak mampu untuk mendapatkan jawapan secara pasti. Kemungkinan beliau berbohong itu tetap ada.. begitu juga kemungkinan beliau berkata benar.
Ustaz Love tak berhajat nak melanjutkan entry ni dengan kisah2 mistik.. sebaliknya nak terus tuju kepada masalah yang sebenarnya.
Jika perangai peliknya itu melibatkan masalah jiwa (seperti bercakap seorang2, selalu menghilangkan diri dari rumah dsb), ada baiknya saudari membawa beliau untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri. Mungkin dengan bantuan psikologi atau ubat2an, penyakit beliau dapat dipulihkan.
Disamping itu, bawalah beliau berubat dengan pengamal perubatan Islam. Jika benar beliau ada hubungan dengan jin, perhubungan itu sepatutnya diputuskan.. kerana manusia dan jin adalah jisim yang berlainan.. sama situasinya manusia tidak boleh berkahwin dengan haiwan, pokok, batu dsb. Kemungkinan untuk manusia mengandungkan anak jin, atau jin mengandungkan anak manusia itu tetap ada (dengan izin Allah), namun pernikahan antara manusia dan jin adalah pernikahan yang tidak sah.. kerana Allah menciptakan makhluk ini berpasangan dengan jenisnya yang sama. Manusia kahwin dengan manusia.. jin kahwin dengan jin.. haiwan kahwin dengan haiwan.. pokok kahwin dengan pokok dsb.
Kemungkinan lain yang boleh diambil kira adalah dia mungkin membuat helah dan alasan untuk tidak berkahwin buat masa ini. Jadi, dia menjadikan alasan dah berkahwin dengan jin semata2 nak mengelak daripada dipaksa bernikah. Tapi, macam pelik la pulak kalau beliau menggunakan helah ni.. baik beliau gunakan alasan dah ada pasangan lain ke (daripada jenis manusia).. atau nak kerja dulu ke dsb.
Apa pun, cubalah berikhtiar dulu.. dan banyakkan berdoa kepada Allah semoga diberikan petunjuk untuk keluar daripada masalah ini. Tanggungjawab kita adalah untuk berusaha dan berikhtiar.. kemudian bertawakkallah.. biar Allah yang buat keputusan.. Jangan terlalu memikirkan sangat persoalan mistik2 macam ni..
p/s: Jin adalah makhluk yang buruk.. jadi, jangan la berangan2 untuk membuat hubungan dengan jin hatta dengan puteri bunian sekalipun. Takde cantiknya makhluk tu.. Manusia adalah makhluk yg paling cantik dan paling sempurna yang diciptakan Allah.