Sabtu, 18 April 2020

Panah Arjuna

 
Assalamualaikum DJ KC dan pendengar MJ12,

Nama saya Ajie. Kisah ini terjadi kepada rakan saya Ali dan ini adalah suatu kejadian yang agak pelik tapi benar. Ia terjadi sewaktu saya berumur 16 tahun. Semasa itu saya baru tamat sekolah menengah dan sedang menunggu keputusan peperiksaan GCE peringkat "N". Kerana banyak masa lapang, Ali pun mengajak saya berjumpa kawan-kawan yang lain, ada lah dua atau tiga orang yang saya kenali di kalangan kawan-kawan Ali. Waktu itu saya dan Ali sedang menunggu bas di pusat pertukaran bas Bedok. Ali mula berkata sesuatu pada saya.

Ali: "Ajie kau nak tengok silap mata tak?"
Saya: "Apa dia?"
Ali: "Kau nampak perempuan tu? Percaya tak, aku boleh buat dia pusing pandang kat aku... Kau kenal dia? Aku tak kenal dia..."
Saya: ''Alah kalau kau siul, mesti lah dia pusing..."
Ali: "Tak... Aku tak buat apa-apa. Cuma... Alah kau ni banyak soal, kau tengok je okay..."

Jadi Ali pun mula berkumat-kamit, tutup mata dan macam mengambil sesuatu dari dadanya letak di kelopak mata lalu menghembus ke arah wanita tersebut. Dengan automatik wanita itu pun pusing dan senyum. Saya betul-betul terperanjat.

Ali: ''Kan aku dah kata, lepas ni mesti dia duduk sebelah aku boleh dapat nombor dia... Hehehehe..."
Saya: "Mana kau tahu dia nak duduk sebelah kau? Ke kau yang duduk sebelah dia? Tak tau malu..."
Ali: ''Kau tengok eh... Kau ingat aku main-main? Jangan terperanjat sudah... Jom kita naik, bas dah sampai..."

Kami pun menaiki bas tersebut. Ali pun duduk, saya pula di belakang, memerhatikan kelakuan si wanita tersebut. Tiba-tiba wanita itu terus duduk sebelah Ali. Saya tergamam. Di dalam bas saya ada terfikir macamana si Ali ni boleh buat sedemikian. Dalam hati saya berkata, takkanlah Ali ada ilmu? Saya pun tak hiraukan sangat. Ali berbual dengan wanita itu lama, sampai kita nak turun pun Ali tak sedar. Akhirnya Ali pun dapatkan nombor telefonnya.

Sampai saja di kedai kopi, rakan Ali yang lain pun ada di sana. Ali pun ceritakan kejadian tadi kepada mereka. Mereka ketawa, macam dah masak dengan perangai si Ali. Sedang kita sembang, datang dua wanita cantik duduk di meja di hadapan kami. Si Ali mula beri isyarat yang lain. Semua tersenyum, saya tak tahu apa maksudnya. Ali pun buat perkara yang sama awal tadi, membaca sesuatu dan menghembus ke arah salah seorang wanita tersebut. Selepas saja Ali menghembus, Ali terus terdiam. Kami pun menunggu wanita itu pusing, tapi tak pusing-pusing. Wanita itu berbual dan ketawa dengan seorang kawannya lagi. Kami pun pandang ke arah Ali, dia hanya diamkan diri, sampailah salah seorang cuba menegur Ali tapi Ali tak menyahut. Semua orang di meja itu tak tahu apa yang terjadi pada Ali. Sampailah seorang kawannya bersuara.

"Agaknya perempuan tu ada barang tak? Sebab tu Ali macam ni..."
 
Kecoh satu meja. Tak tahu apa nak buat pada si Ali. Panik, ada yang cuba sedarkan Ali tapi tak menjadi. Salah seorang dari mereka berdiri dan pergi ke kedai pakcik menjual makanan untuk meminta bantuan. Pakcik ini pun datang cuba pulihkan Ali, tetap terdiam. Beberapa ketika kemudian, Ali terus berdiri dan jalan ke arah wanita tersebut dan duduk di sebelahnya. Kami terdiam, tak tahu apa yang berlaku. Pakcik itu bertanya kalau kami kenal dengan wanita tersebut. Kami pun mengata tidak, pakcik itu pun rasa agak hairan mengapa Ali terus berdiri dan menuju ke arah wanita itu.

Pakcik itu pun pergi ke meja wanita itu dan bertanya, "Saya ingin tahu apa yang terjadi ikut sekali. wanita itu punberkata..

Wanita: "Cik saya tak kacau orang, kenapa saya kena kacau?"
Pakcik: "Apa maksud awak pakcik tak faham? Apa budak ni dah bikin?"
Wanita: "Saya datang sini nak makan. Tapi budak ni dah main kotor dia nak cuba ilmu dia kat saya. Salah orang cik dia nak bikin, sekarang saya tak boleh bikin apa-apa, kalau nak lepaskan kunci ini, saya nak jumpa guru DIA!!!"

Pakcik dan saya jalan kembali ke meja, pakcik tanya kalau siapa tahu siapakah guru si Ali ini, semua tak tahu. Keadaan jadi semakin teruk sampailah pakcik itu memaksa kami menelefon bapanya turun dan selesaikan masalah ini. Mujur rumahnya berdekatan saja, pakcik itu pun ceritakan padanya. Bapa Ali pun pergi ke meja wanita itu, duduk dan bercerita. Saya tak masuk campur, tunggu saja apa yang terjadi. Sepuluh minit kemudian Ali sedar dan nampak sedang meminta maaf kepada wanita itu. Selesai semua, wanita itu pun berlalu pergi tinggalkan kami dan bapak Ali. Kena marah dengan percuma kami semua. Kami pun besurai dari tempat itu setelah selesai.

Keesokan hari saya tanya Ali tentang kejadian itu, dia kata perempuan itu tak kosong, ada penjaganya, dan yang menjaga wanita itu ialah Cik PON!!! Terperanjat dibuatnya bila dengar yang wanita itu pelihara Kakak Cantik. Dengar cerita, wanita itu baru saja berpindah dan dahulunya berdiam di Toa Payoh, dan barang itu adalah turun-temurun. Bila saya tanya pada Ali apakah perkara yang dia lakukan kepada wanita itu, Ali berkata "Panah Arjuna". Dia memilikinya apabila di Pulau Ubin untuk mempelajari seni mempertahankan diri daripada seorang bekas guru di sana.

Saya pun tak tahu apa jadi kepada Ali selepas kejadian itu. Dengar berita dia sudah pun berpindah. Sampai hari ini saya masih nampak wanita di kedai kopi itu. Kalau nak tahu saya berdiam di Tampines. Terima kasih...


TERIMA KASIH AJIE!!!
 
Sumber